Total Pageviews

Search This Blog

Thursday, 12 December 2013

2 telinga, 2 mata, 1 mulut

Assalamualaikum,, dan salam ukhwah fillah kawan...
Sebelum kita mula, apa kata kita baca doa kat atas ni sama2. Moga Allah makbulkan doa kita. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis
 
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w:
"Pertolongan Allah itu bersama jemaah" HR At-Tirmidzi

Saya tahu memang tak ramai yang akan baca blog ni, tapi cuba bayangkan kalau sesiapa yang baca blog ni berdoa yang sama, tak mustahil Allah akan makbulkan betul tak? Lagipun, kita tak tahu doa siapa yang Allah akan makbulkan.

Okey, kembali kepada tajuk,, kenapa tajuk dia 2 telinga, 2 mata, 1 mulut? Kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis okey?

 Ramai antara kita yang mengaku mampu jadi pendengar yang baik,, tapi kajian terkini menunjukkan bahawa hamba Allah ni lebih suka didengar daripada mendengar... Betul tak? Siapa setuju angkat kaki!

Krik2

Back to the topic,

Tajuk 2 telinga, 2 mata, 1 mulut maksudnya: Allah ciptakan 2 telinga untuk mendengar, 2 mata untuk melihat, dan 1 mulut untuk berkata2.. Tapi pernah tak terfikir kenapa Allah tak ciptakan 2 mulut sama dengan anggota yang lain.. Jawapannya adalah, sebab 1 mulut pun dah boleh buatkan hati seseorang insan tercalar. Teringat pula satu lagu nasyid yang bunyinya camni 

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan",
Sorrylah takdek bunyi pon sebenarnya,, Tapi nak kata yang sebab mulut badan binasa. Lebih kurang camtulah pepatah melayu dulu2. Dalam berdakwah pun kita kena pandai menyusun kata2 agar ianya mudah hinggap kedalam hati mad'u. Ada satu kata2, tapi saya tak pasti bahawa ini hadis atau bukan. Bunyinya camni,,

          "Hati manusia itu lebih mudah terkesan dengan bisikan berbanding jeritan"
Isunya sekarang adalah,, bagaimana untuk tarik minat mad'u untuk menerima dakwah kita..Disini, saya akan kongsikan beberapa tips yang in sya Allah,, senang difahami oleh khalifah diluar sana.

1~ Cakap bila perlu

 
gambar-animasi-bibir-dan-mulut-9
Keadaan mana yang korang suka untuk tengok kat muka orang yang korang tengah bercakap?

Gambar A: Mulut orang yang menyampuk
Gambar B: Mulut orang yang setia mendengar sambil tersenyum
Gambar C: Mulut orang yang melopong macam tak faham

Saya rasa korang boleh jawab sendiri soalan tu..Bila kita nak berdakwah,, ada satu teknik yang disarankan oleh Abdullah Ibnu Abbas lebih 1000 tahun dulu...

".....lebih baik kamu berdiam diri, dan jika mereka bertanya, maka berdakwahlah kepada mereka pada saat mereka nantikan apa yang akan kamu katakan"

 Tapi, jangan salah faham kata2 ni,, berdiam diri tu bukanlah bermakna kita langsung tak usaha untuk mendekati dia dan berdakwah terus,, Berdiam diri tu maksudnya kita dengar apa yang mad'u sedang sampaikan dan setelah selesai, kita bagilah respon atau pun komen dengan cara yang berhikmah... Bukankah itu lebih baik?

2~ Tidak menyampuk

Ada satu kisah ,,

Ketka mana Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu bersama orang ramai, datang seorang Arab Badwi lalu bertanya  "Bilakah hari qiamat?"

Rasulullah s.a.w meneruskan percakapannya. Ada dalam kalangan pendengar yang berkata
"Baginda mendengar (apa yang ditanya), tetapi baginda tak suka apa yang ditanya"

Ada pula yang cakap
"Baginda tak mendengar"

Apabila bagiinda telah selesai berucap, baginda bertanya,,"Manakah orang yang menyoal tadi?"
Badwi itu pun menjawab,,"Saya di sini Ya Rasulullah"
Kisah ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah mengajar kita untuk tidak menyampukketika ada orang lain sedang bercakap,apatah lagi jika orang tersebut lebih tua atau orang yang alim..

3~
Mendengar dengan MATA!!!

Pastikan mendengar bukan sahaja dengan telinga tapi dengan mata. Kenapa? Sebab mendengar dengan telinga apa yang diperkatakan,,, Tapi,, mendengar dengan mata apa yang dilakukan!

Tunjukkan respons kita berdasarkan intipati cerita yang disampaikan...... Contohnya,,kalau ceritta sedih,, tunjukkan muka simpati a.k.a babyface korang yang comel tu.. Kalau cerita happy,, buatlah gaya happy
  Hah! kan comel tu... Ada lagu nasyid tu lirik dia camni...Dengan senyuman terjalinlah ikatan...... Yaa dengan senyuman ukhwah akan lebih romantik.......

"Kuasa mata dan telinga lebih diperlukan daripada hanya bercakap tanpa faham melalui mata"

Sekian ,,,, senyum terindah dari saya.......Enjoylah video ni. dan kalau ada apa komen dialu2kan.........

No comments:

Post a Comment